Resepi: NASI DAGING AIR ASAM



Bismillah..

Antara menu yang simple dan cepat untuk dimasak bagi orang yang malas macam Kaklong 😅..
Lagi simple dari masak Nasi Ayam.
Kalau korang rajin boleh je tambah lauk lain.
Tapi Kaklong tak rajin, macam ni pun dah cukup..
Hidangkan sekali dengan Sup dari air rebusan daging tu, fuhh sedap!
Air asam buat pedas-pedas sikit, lagi mantap!
OK, jom tengok resepi.


Bahan-bahan:

Daging batang pinang / tenderloin - potongan besar, rebus sampai empuk/ guna pc *
Halia - hiris nipis, lebar *
Bawang putih - ketuk *
Sup bunjut

Daun pandan
Beras basmathi - cuci dan rendam 30minit
Bawang besar - kisar
Bawang besar - hiris nipis
Bawang putih - kisar
Halia - kisar
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Marjerin
Rempah kurma
Susu cair
Air - ikut sukatan beras
Daun sup
Bawang goreng

Sambal belacan #
Air asam jawa #
Air perahan limau #
Cili padi - potong #
Tomato - hiris nipis #
Bawang besar - hiris nipis #
Cili merah besar - hiris nipis #
Kerisik #

Garam 
Gula 
Aji


Cara masak:

1) Rebus semua bahan bertanda * dengan air bersama garam sampai daging empuk. Boleh guna pressure cooker kalau nak cepat.
2) Selepas daging empuk, toskan. Biarkan daging sejuk sebelum hiris nipis.

3) Untuk masak nasi, cairkan marjerin tumis kulit kayu manis, bunga lawang, daun pandan simpul dan bawang besar hiris sampai garing.
4) Masukkan bahan blend, masak sampai garing kemudian masukkan rempah kurma.
5) Masukkan sikit air supaya rempah tak hangit, kacau rata dan masak sampai pecah minyak..
6) Perasakan dengan garam,gula dan aji.
7) Masukkan bahan tumis dalam rice cooker bersama beras yang dah ditos. Masukkan air rebusan daging & susu cair ikut nisbah 1:11/2 sukatan beras. Contoh: beras basmathis 2cup, air 3cup susu cair 1/2cup. Masak nasi macam biasa. Tabur daun sup dan bawang goreng bila nasi dah masak.

8) Campurkan semua bahan bertanda #. Perasakan dengan garam dan gula.

9) Panaskan lebihan air rebusan daging, masukkan sup bunjut dan biarkan mendidih api perlahan.
10) Perasakan dengan garam dan aji. Hidangkan dengan daun sup dan bawang goreng.

11) Siap untuk dihidang. Boleh hidangkan dengan salad atau timun kalau suka. Selamat mencuba!

Ulasan