Bila kahwin dengan orang iban ni, kita yang melayu pun kenalah ikut jugak tekak partner sekali-sekala. Mula-mula dulu takleh masuk sangat kat tekak sebab kita orang Nismilan wajib makan pedas. Tapi bila dah lama-lama rindu pulak dengan 'rasa' tu. So kita pun belajarlah macam mana nak masak.
Sebenarnya takdelah susah mana pun. Kebanyakan lauk-pauk iban ni simple je bahan-bahannya. Tak rumit pun. Kalau rindu nak makan lauk iban, kaklong akan ajak Acik Ras pergi Pasar Borneo Seri Kembangan. Kat situ memang ada jual bahan2 yang dibawa khas dari Sarawak dan Sabah macam sayur2 dan buah2 iban. Boleh la buat lepas teringin sebab harganya kalau dekat semenanjung ni agak mahal 😂
Tiap kali pergi, wajib kaklong beli terung iban @ terung asam ni. Boleh goreng je macam sayur campur ikan bilis. Boleh buat sup atau campur dalam asam pedas. Buahnya macam terung bulat cuma beza warnanya kuning nak ke oren gituu..
Rasanya tak macam terung pun. Biasa kalau kita makan terung bila gigit dia macam span kan? Tapi terung iban ni teksturnya macam buah tomato cuma lebih pejal. Ish susahla nak bayangkan. Korang kena rasa sendiri. Sedap tau!
So kalau dah beli terung tu haruslah masak Sup Ayam Campur Terung Iban kegemaran kaklong ni. Sup ni simple je gaiss.. Tak payah guna perencah sup atau rempah 4 sekawan tu pun. Rasanya masam2 memang menyegarkan kalau hirup. Pergh.. Ok jom tengok resepi.
BAHAN2:
2 ketul ayam bahagian thigh @ 4 ketul bahagian kepak
2 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 biji terung iban (potong wedges)
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam dan perasa (ikut selera)
CARA2:
1) Hiris nipis bahan bertanda *
2) Panaskan sikit minyak. Tumis bahan yang dihiris tadi sampai layu dan wangi.
3) Masukkan ayam yang dah di potong kecik dan dibersihkan. Gaul rata.
4) Masak ayam sampai separuh masak, masukkan terung iban.
5) Masukkan garam dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih.
6) Biarkan sup merenih sehingga ayam masak sepenuhnya dan terung empuk.
7) Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba 😉
Ulasan
Catat Ulasan