Resepi: GULAI DAGING SALAI DENGAN MANGGA MUDA


 

Bismillah..

Jarang-jarang masak lauk ni sebab stock daging salai jarang ada..

Kalau time Acik Ras menyalai sekali banyak, dapatlah simpan stock lauk-lauk salai ni..

Biasanya daging salai memang buat gulai cili api jelah.. Pastu gandingkan dia dengan buah yang masam macam mangga muda ni. Barulah mantap!

Ok, jom tengok resepi..


Bahan-bahan:

Daging salai (hiris nipis)

Cili api

Kunyit hidup / serbuk

Serai (diketuk)

Garam, perasa

Santan KARA

Mangga muda (potong serong, besar jari)


Cara masak:

1) Blend cili api dan kunyit dengan sikit air.

2) Masukkan daging dalam periuk bersama dengan bahan blend dan serai. Kecutkan daging sampai empuk. Kalau kering sangat boleh tambah air sampai daging betul empuk.

3) Masukkan mangga muda dan garam, kacau rata.

4) Masukkan santan dan air, masak sampai mendidih dengan api perlahan.

5) Seimbangkan rasa garam, kalau perlu tambah perasa.

6) Pastikan kuah betul-betul masak, dan berubah warna, bau dan rasa. Boleh rasa aroma salai dalam kuah. Pastikan mangga pun dah lembut elok.

7) Tutup api. Siap, boleh dihidang.


* Selepas tutup api, teruskan kacau dalam seminit supaya kuah cantik santan tak pecah.

* Boleh ganti mangga dengan belimbing, kundang atau apa-apa buah yang masam.





Ulasan