Resepi: AYAM GORENG SAMBAL IJO


 

Bismillah..

Antara menu yang simple, tapi bahaya kalau makan dengan nasi panas2..
Bahaya sebab ape?
Sebab ketagih gila nak menambah nasi oii..
Pastu ulam pulak dengan timun jepun, fresh rangup2 manis..
Ya ampunnn...

Dah lama tak masak menu ni, favourite angah (my bro)..
Tapi tetiba pulak Acik Ras request, so kita masakkan jelah..
Bukan senang dia nak request menu sambal tau, dia bukan makan pedas sangat pun 😂..
Kitorang adik beradik memang suka makan sambal, tu yang laju je 😆😆..

Kadang2 sambal ijo ni aku rebus dulu cili dia, tapi tadi aku malas 😂.
Sebab nak cepat, aku blend terus.
Kalau ada daun limau boleh masuk sekali masa masak cili, lagi wangi baunya nanti.
Tapi aku takda stock.
Sambal ni takda belacan, so yang ada resdung tak payah risau.
Sila melantak sepuasnya 🤣🤣..

Setiap orang ada resepi masing2..
So ni aku share resepi & cara aku masak ikut tekak aku..
Kalau korang ada nak tambah pape, ikut sukalah ye. Ikut tekak masing2..
Ok, jom tengok resepi..


Bahan-bahan:

Ayam - goreng kunyit
Bawang besar *
Bawang putih *
Tomato - potong dadu
Asam keping
Cili hijau**
Cili api hijau**
Garam, gula, perasa
Air sikit
Minyak untuk menumis


Cara masak:

1) Goreng ayam macam biasa, tak perlu garing sangat. Asalkan cukup masak, sudah. Angkat, ketepikan..

2) Potong kasar bahan bertanda *. Blend kasar bahan bertanda **. Bahan** seeloknya blend kering je, atau jangan letak air banyak sangat kalau guna blender biasa tu.

3) Tumis bahan bertanda * guna minyak goreng ayam tadi.. Minyak agak2 la sambal banyak mana ye. Tumis sampai wangi dan garing.

4) Masuk tomato, masak sampai tomato hampir layu.. Masuk garam dan perasa semua, letak asam keping..

5) Masukkan bahan **. Masak sampai cili betul2 layu dan lembut. Tambah air sikit kalau perlu.. Api slow je, sentiasa kacau jangan bagi hangus dan kering..

6) Masak sampai sambal garing dan pecah minyak. Kalau kering sangat, sila tambah air sikit. 

7) Masukkan ayam yang dah digoreng, masuk sekali jus ayam tu jangan buang tau! Kuatkan api, kacau rata sampai sambal kering sikit & meresap dekat ayam. 

8) Tutup api dan hidangkan. 

Makan menu ni dengan nasi panas2 padu oii.. Takyah lauk lain 🤤🤤🤤..

Tips:
# Nak masam lagi boleh perah limau masa dah tutup api, lagi fresh rasa dia..
#Sukatan bahan semua ikut suka, kalau nak pedas sila lebihkan cili api..
#Nak lagi sedap bawang kena masak sampai betul2 garing sebelum masuk cili..
#Fungsi tambah air sebelum masuk ayam tu supaya jadi macam berkuah sikit.
#Last minute, kuatkan api supaya kuah tadi meresap masuk dekat ayam, sambal pun akan jadi garing. Tak percaya sila cuba, ni tips sambal aku masak selalu sedap.. Eh, puji diri sendiri 😝😝..

Simple je resepi ni kan? Korang masaklah wey, jom gemok sesama 😆😆😆..
Kbaii..


Ulasan