Resepi: MEE WANTAN (highly requested)





Bismillah..
Setelah lama tak update resepi, arini terpaksa menaip jugak..
Tu pun lepas ramai yang bising, carik resepi banyak tak jumpa..
Eh, memang la.. Sebab tak pernah update mana nak jumpa kan? 😂😂😜

Oklah, taknak melalut panjang..
Harini nak share resepi mee wantan..
Dulu suka order menu ni kalau lepak kat kopitiam..
Laki bini memang suka menu ni..
Bila fikir balik bukan susah pun buat..
Dah selalu makan, boleh agak bahan apa yang diguna..
Cuma cara masak je kena eksperimen sendiri berdasarkan pemerhatian..
Pastu banyak step yang kritikal, kena baca betul2 ok?

Bertahun gak try & error nak dapatkan rasa yang mantap macam sekarang..
Mantap ikut tekak kitorang la, tekak korang aku tak tau 😐.

Nak buatnya tak susah pun, cuma lecehnya nak kena buat wantan dulu..
Wantan tu boleh buat stock sekali banyak, pastu simpan frozen..
Bebila nak makan, boleh steam, campak dalam sup atau goreng..
Simple kan?

Mee wantan boleh beli kat supermarket..
Aku pernah beli kat TESCO, recently beli kat CS.
Korang tengok bahagian chiller..

Ayam Char Siu aku tak masuk oven pun, aku grill kejap then deglazed atas pan..
Resepi lebih kurang macam ayam madu untuk nasi ayam.
Cuma tukar guna chicken chop sebab senang nak makan takde tulang..

Take note, aku share ni resepi olahan aku sendiri..
Korang mintak, aku share.. 
Kalau nak cuba, dipersilakan..
Tak suka, boleh skip..
Lagi satu, aku bagi resepi takde sukatan..
Sebab tak pandai nak menyukat, semua main agak2 ikut rasa..
So, pepandai la ye..
ok?


BAHAN : WANTAN

Kulit wantan
Ayam cincang 
Lobak - cincang halus
Daun bawang - cincang halus
Bawang putih - cincang halus
Halia - cincang halus
Serbuk lada putih
Chicken powder @ chicken stock
Kicap cair
Minyak bijan
Tepung jagung
Air sikit 

BAHAN: AYAM CHAR SIU

Chicken chop
Halia - potong nipis
Daun bawang
Air
Garam
Chicken powder @ chicken stock
Serbuk allspice
Kicap campur
Pewarna merah (aku tak letak)

BAHAN: MEE WANTAN

Mee wantan fresh
Sayur sawi atau pakchoy
Minyak bawang putih
Perencah hilal
Sup rebusan ayam
Kicap campur

BAHAN: KICAP CAMPUR

Kicap cair
Kicap manis
Sos tiram
Minyak bijan
Gula


CARA MASAK:

1) Campurkan semua bahan inti kecuali kulit wantan, kacau rata sampai likat..
2) Sudukan inti keatas kuit, gamkan keliling kulit wantan dengan sikit air dan lekatan..
3) Terpulang ikut kreativiti masing2 nak lekatkan macam mana. Boleh buat bentuk 3 segi, bunjut, dll..
4) Susun atas tray atau dulang, jarakkan setiap 1, simpan dalam peti sejuk beku. Bila dah keras, boleh masuk plastik then simpan semula dalam peti untuk frozenkan.
5) Untuk makan dengan mee wantan, boleh pilih nak goreng wantan atau masak dalam sup. 





6) Dalam periuk, didihkan air, hirisan halia, daun bawang, garam & chicken stock.
7) Dah melegak, perlahankan api. Masukkan ayam. Biar merenih 5 minit api perlahan.
8) Selepas 5 minit, padam api, tutup periuk biarkan ayam dalam sup tadi dalam 10 minit.
9) Toskan ayam, sup jangan dibuang. Simpan dulu..
10) Perap ayam dengan semua bahan perapan, minimum 10 minit.
11) Panaskan sedikit minyak dalam pan, grill ayam yang dah diperap tadi.
12) Grill sampai garing kedua2 belah, balik2 kan. Masukkan semula kuah perapan tadi, tutup pan perlahankan api. Masak sampai kuah hampir kering, balik2kan..
13) Kuah dah kering, dah salut elok glaze dekat ayam boleh tutup api. Rehatkan ayam, jangan terus potong.





14) Air rebusan ayam tadi boleh didihkan untuk buat sup wantan. Cek perasa garam bagai kalau dah cukup boleh terus campak masuk wantan yang kita dah bungkus tadi.. 
15) Masak wantan api perlahan je, bagi merenih sampai masak inti.
16) Dah siap, hidang taburkan daun bawang.

17) Untuk sediakan mee, didihkan air dalam periuk. Celur pakchoy, balik2 kan seminit je terus angkat, toskan, basuh sekali lalu dengan air sejuk.
18) Mee wantan fresh, gemburkan dulu leraikan jangan bagi bergumpal.
19) Perlahankan api air mendidih tadi, celur mee wantan kacau setengah minit leraikan masa dalam periuk. Aku guna chopstick senang nak leraikan.
20) Angkat mee, toskan, basuh sekali lalu dengan air paip.
21) Masukkan semula dalam periuk, celur lagi sekali lalu setengah minit. Aku tak suka mee terlampau kembang, so kat sini ikut preference masing2 nak mee kenyal ke lembik macam mana.
22) Siap celur kali kedua, toskan terus gaul dalam bahan2 campuran kicap tadi. Bahan kicap campur tu prepare awal2, by the time mee masak kena terus gaulkan kalau tak mee melekat.
23) Dah siap, hidangkan semua sekali macam dalam gambar tu. Potonglah ayam tu ikut suka nak rupa cemana. Semua ikut selera korang sendiri.
24) Masa nak makan kalau mee dah kering, boleh curahkan sikit sup wantan dan kacau semula mee bagi lembab.
25) Nak sedap lagi boleh makan dengan cili potong.



Minggu ni je dah 2 kali Acik Ras bawak bekal Mee Wantan. Lupa pulak nak tanya dia sedap ke tak. Berani ke dia nak cakap tak sedap? 🤔🤔

Gambar snap lain2 masa.. Tu nampak warna kejap cerah kejap gelap.. Lighting time subuh ni biasanya sayu je 🤣🤣🤣..

Ok, dah bagi resepi ni jangan lupa try..

















Ulasan