LEFTOVER AYAM - Recycle balik masak nasi goreng, licin tak tinggal belen sis!


Biasanya kalau masak lauk ayam, bahagian dada tu mesti liat je nak habis sebab tak ramai  peminatnya. Betul tak? Ataupun kadang2 kita termasak lebih, jadi tak tau nak buat apa.
Kalau bahagian ayam yang belum masak, korang boleh je potong kecik2 then simpan dalam 1 bekas, masuk freezer. Boleh guna buat rencah goreng mee atau sayur next time.

Kalau bahagian ayam yang dah masak tu, nak buang sayang rasa membazir pulak. Rasa bersalah pun ye 😅. Nak panaskan banyak kali tak elok. Bila makan rasa dah tak sama macam mula2 masak. Kurang sedap la pulak kan?

Macam kaklong, memang dah biasa buat Nasi Goreng Ayam sebab tu favourite semua orang dalam umah ni. Peliknya bila dada ayam tu dah potong kecik gaul masuk dalam nasi goreng diorang makan pulak. Licin sis 😂. Jadi tak payah susah2 nak penat fikir nak buat apa.

Biasa kaklong share gambar Nasi Goreng Ayam ni dekat ig mesti ada yang DM mintak resepi. Nak share resepi segan pulak rasa sebab senang sangat, simple nak mampss 😆. Nasi goreng bodoh2 je orang kata..

Tapi kalau korang nak try masak camni pun apa salahnya kan? Simple tu yang sedap, buat makan bertambah walaupun lauk recycle 😋. Jom tengok resepi ye. Sukatan semua ikut suka, ikut tekak citarasa memasing. Kalau masak portion banyak lebihkan bahan, agak2 la sis..


RESEPI NASI GORENG AYAM
Bahan-bahan:

Nasi sejuk
Lebihan ayam (potong kecik)
Bawang besar
Bawang putih
Cili mesin
Telur
Sayur (ikut suka nak etak ke tak)
Minyak untuk menumis
Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)


Cara-cara:

1) Blend bawang merah & bawang putih. Panaskan minyak, tumis sampai garing.

2) Masukkan cili mesin, ikut suka nak pedas mana. Kalau rasa tak cukup pedas boleh ketuk cili padi campak masuk dalam. Tumis sampai garing jugak. Api sederhana je ye, jangan sampai hangus.

3) Masuk air sikit, gaul rata. Masuk garam, perasa bagai. Nak campak kiub ikan bilis pun boleh. Masak lagi sampai pecah minyak.

4) Dah garing pecah minyak cantik boleh masukkan telur, tak payah kacau kuatkan api.

5) Terus masukkan nasi, sayur & ayam yang dah dipotong tadi. Gaul rata dengan api kuat, makesure semua nasi kena permukaan kuali bagi garing.

6) Cara kaklong, dah kacau nasi pastu ratakan kat kuali bagi semua sekata. Jangan kacau dalam seminit. Pastu kacau semula.. Ulanglah dalam 2-3 kali bagi garing sekata nasi sampai dia dah melompat-lompat 😂. Eh, serius! Ni tips tau, jangan gelak.

7) Dah siap boleh hidang. Tabur daun sup potong dengan bawang goreng untuk nikmat yang tak terkata. Pastu ngap la, ape lagi? 😜












Ulasan