Ikut step by step, tanpa gagal! KARI IKAN TONGKOL HITAM powerrr..


Lately nak update resepi selalu tergendala. Biasalah kalau rumah dalam hutan ni, line internet tu macam chipsmore 😂. Lajunya time bila? Time kau tengah sedap tido pukul 2pagi camtu. Dah tu baik aku tido je daripada buat kerja malam2 buta.

Ok, dah panjang pulak bab meluah perasaan pasal line internet 😅. Jom kita teruskan dengan topik asal.

Sebenarnya dah lama nak share resepi Kari Ikan ni sebab selalu kalau aku update ig stories ramai gak yang dm minak resepi. Aku lak selalu reply 'ala.. resepi sama je macam orang lain masak kari'. Sebab aku selalu fikir, ala kari je kot kan simple je.. Belakang plastik rempah kari tu pun ada resepi.

Sampailah satu hari ada follower cakap, 'akak, i ikut resepi belakang plastik tu kari jadi lain la. bahan dia pun lain dari resepi akak. akak bagilah resepi akak.'. So, aku pun baru tergerak nak cek plastik rempah kari (aku pakai adabi) sebab sebelum ni tak pernah pun ikut resepi tu sebenarnya 😆

Lepas dah belek2, aku baru sedar memang tak sama bahannya.hahaah.. Canela aku leh yakin sangat bagitau suruh ikut je resepi belakang plastik tu? aduhai.. Aku pun bagilah resepi aku, siap terangkan cara lagi. Tapi yelah, bila kau menerangkan benda yang orang lain tak pernah buat dia tak nampak bayangan benda tu. So, aku pun rekod lah video pendek untuk bagi dia paham teknik masak aku. Senang aku upload kat sini gak, korang pun leh refer sambil baca resepi.



Jom tengok resepi.

Bahan2:

1 sk halba campur
1 genggam daun kari
3 biji bawang merah #
2 ulas bawang putih #

1 biji bawang besar *
4 biji bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 senduk cili mesin *
1 pek kecik rempah kari ikan adabi

5 potong ikan tongkol hitam
1 mangkuk santan
1 asam keping
1 biji tomato (belah 4)
5 biji bendi

minyak untuk menumis
garam, gula, perasa (jika suka)
air seckupnya

Cara2:

1) Hiris nipis bahan bertanda #. Blend halus bahan bertanda *

2) Panaskan minyak. Tumis halba campur dan masukkan bahan yang dah dihiris bersama daun kari.

3) Tumis sampai naik bau dan bawang garing (bukan hangus). Sentiasa kacau.

4) Masukkan bahan blend dan tumis sampai garing, pecah minyak. Masukkan rempah kari dan sambung menumis.

5) Bila rempah dah pecah minyak, masukkan secawan air. Kacau dan masukkan garam.

6) Masukkan lagi secawan air dan biar mendidih.

7) Masukkan ikan, masak dengan api perlahan. Balik2 kan ikan dan sentiasa kacau rempah supaya tak hangus. Proses ni penting! Mesti masuk ikan dulu, kecutkan! Jangan masuk santan dulu!

8) Bila ikan dah masak, air ikan pun dah keluar, baru masukkan santan. Kalau pekat boleh tambah air. Ikut selera masing2. Aku suka kari yang tak pekat dengan santan, tapi pekat dengan rempah. Masak sampai kuah mendidih. Sentiasa kacau supaya tak pecah minyak.

9) Bila kuah dan mendidih boleh adjust rasa tambah ape yang patut, masukkan asam keping, bendi dan tomato. Biarkan didih api perlahan sampai bendi lembut. Tutup api, Siap!

👉 Lepas dah tutup api, kacau sekejap dlm seminit supaya tak pecah minyak.
👉 Biarkan kari yang dah siap masak tu mesra dalam kuali atleast 15 min, bagi rasa dia sebati.
👉 Lepas tu korang akan nampak minyak dah mula naik, kari pun jadi cantik je.

Ok, tu je kot yang aku nak share. Korang cubalah dulu. Ikut je step dalam video tu, perhatikan betul2. InsyaAllah menjadi.

Kalau tak jadi jugak, atau korang rasa resepi aku tak sedap, sila start kereta makan kat kedai..hahahah
By the way, kari aku ni bukan style mamak sebab ada letak santan.

Selamat mencuba 😊

Ulasan