Resepi: RENDANG CILI API AYAM PENCEN

RENDANG CILI API AYAM PENCEN

Bismillah..

Antara menu wajib rumah kaklong bila tiba hari raya. Kami sekeluarga lebih gemar rendang ayam pencen berbanding ayam daging.

Paling senang kalau buat rendang cili api sebab tak perlu menumis bagai. Semua lebur dalam satu kuali, cuma masa memasak agak lama supaya ayam pencen betul2 empuk.

Jom, kaklong share resepi

BAHAN2:

1 ekor ayam pencen @ ayam tua (potong16)
1 genggam cili api * (campur merah & hijau)
5 batang serai * (hiris nipis)
1 inci kunyit hidup* (hiris kasar)
1 biji bwg besar * (hiris kasar)
1 asam keping
2 helai daun kunyit (gulung &hiris nipis)
1/2 kg santan pekat
Air secukupnya
Garam, gula perasa ikut selera masing2

CARA-CARA:

1. Cuci ayam dan toskan.

2. Blend halus semua bahan bertanda * dgn sedikit air.

3. Masukkan ayam yg dah dicuci kedalam kuali bersama dengan bahan blend *. Masak atas api sederhana.

4. Kecutkan ayam sehingga hampir empuk. Ulang tambah air & kacau sekiranya rempah ayam makin kering. Ulang step sampai ayam hampir empuk. Nak cepat? Guna pressure cooker, lebur je semua tambah air sikit. Noxxa HP 30min

5. Bila ayam hampir empuk, masukkan santan, garam dll. Kacau sebati. Masak sampai kuah jadi pekat dan kering.

6. Bila kuah makin pekat, masukkan asam keping. Sentiasa kacau supaya rendang tak hangit.

7) Taburkan daun kunyit. Masak lagi sampai kuah rendang kering sikit dan pecah minyak.

8) Siap! Boleh hidang. Makan dengan lemang & nasi impit. Kalau makan dengan nasi putih pun sodap!

Selamat mencuba 😘






Ulasan