Resepi: RENDANG CAMPUR

RENDANG CAMPUR
Bismillah..

Masih lagi dengan menu raya. Takpe, saje kaklong share supaya korang boleh buat untuk open house nanti. Eh, nak makan hari biasa pun ok, takde masalah πŸ˜‰.

Ok, rendang campur ni favourite arwah ayah. Ayah lagi gemar rendang campur (daging, hati, paru, limpa) sebab dapat rasa semua sekali.

So, kalau korang tak makan organ dalaman tu semua boleh omit then guna daging saje pun boleh untuk resepi ni.

Nak diingatkan, setiap keluarga ade resepi rendang masing2. Takda resepi yg betul atau salah. So kalau rasa resepi yg kaklong share ni tak kena pada tekak atau mata korang, tak payahlah komplen ye? Kaklong share resepi & cara family kaklong je. Takde nak claim authentic ke ape πŸ˜‚

OK, jom tengok resepi.

BAHAN2:

2 kg (daging, paru, hati, limpa) - campur semua cukupkan 2kg
2 biji bwg besar (hiris nipis)
6 biji bwg besar *
8 ulas bwg putih *
1/2 inci lengkuas *
2 jari kunyit hidup *
1 1/2 inci halia *
10 batang serai *
3 tangkai daun kari
Rempah 4 sekawan
5 senduk cili mesin
1 pack kecil rempah kari daging
1kg santan
2 senduk gula merah
2 asam keping
semangkuk kerisik
5 helai daun limau purut (gulung & hiris nipis)
5 helai daun kunyit (gulung & hiris nipis)
garam, gula perasa ikut suka
minyak untuk menumis

[rempah kering] - sangai dan blend kering
# 1sb biji ketumbar
# 1sb jintan manis
# 1sb jintan putih

CARA MASAK:

1) Potong dadu semua daging, paru, limpa & hati. Cuci dan toskan.

2) Blend semua bahan bertanda * dengan sedikit air.

3) Panaskan minyak secukupnya untuk menumis. Masukkan rempah 4 sekawan dan daun kari. Kacau, kemudian masukkan bawang besar yg dah dihiris nipis. Tumis sampai naik bau.

2) Kemudian masukkan bahan bertanda * yg dah diblend tadi. Masukkan juga rempah kering bertanda # yg dh diblend kering. Tumis hingga garing.

3) Sementara tu, satukan rempah kari & cili mesin dgn sedikit air. Masukkan ke dalam kuali bila rempah tumis tadi dah mula garing. Kacau rata. Masak sampai campuran rempah betul2 garing dan pecah minyak.

4) Bila rempah dah pecah minyak, tambah secawan air. Masak lagi sampai air kering dan rempah garing semula.

5) Masukkan campuran daging dll. Kacau rata. Kecutkan sampai daging empuk dan rempah meresap sekata. Kalau terlalu kering, tapi daging belum empuk boleh tambah air sikit demi sikit. Kacau sesekali supaya rempah tak hangit dan melekat.

6) Masukkan santan, asam keping,  garam & gula merah bila daging mula empuk. Masukkan juga kerisik. Kacau rata. Biarkan kuah mendidih, kacau sekali sekala.

7) Bila kuah dah mula pekat, masukkan daun limau dan daun kunyit. Masak lagi sehingga rendang mula kering. Sentiasa kacau supaya rendang tak hangit.

8) Terpulang ikut citarasa masing2, kaklong suka rendang yg berkuah ala basah2 gitu. So boleh tutup api then hidangkan. Kalau korang suka rendang kering ala serunding, bolehla masak lagi sampai kering jangan lupa sentiasa kacau ok?

9) Siap!

Selamat mencuba😘





Ulasan