MEE KARI |
Bismillah..
Harini kaklong nak share resepi mee kari, of course lah resepi ayahden 😊.
Menu MEE KARI ni salah satu best seller dekat Ayah Den Alfresco satu masa dulu. Tapi disebabkan tak cukup tangan nak kejarkan list menu yg panjang, kita terpaksa discontinued.
Tapi kalau ada customer yg nak order untuk open house ke, portluck ke kaklong still ambil order macam biasa.
Kaklong share resepi supaya korang boleh try masak sendiri kat rumah. Takda resepi rahsia pun sebenarnya, yg penting jangan kedekut bahan. Kalau korang nak meniaga MEE KARI guna resepi ni pun, kaklong halalkan. Cuma kaklong nak mintak tolong niatkan pahala ilmu ni untuk arwah ayah kaklong En. Hidzir b Isa, Alftihah 😢.
Ok, jom kita 😊
BAHAN2:
1 ekor ayam potong kecik2
Fishball & fishcake
Tauhu pok @ tauhu lampung @ tauhu kering
Isi kerang
Rempah 4 sekawan
1 sk halba campur
5 tangkai daun kari
1 biji bwg besar (hiris nipis)
2 biji bwg besar *
6 ulas bwg putih*
1/2 inci halia *
2 senduk cili blend
2 batang serai (diketuk)
2 paket kecik rempah kari ADABI
1 sk pes asam jawa
1/2 kg santan pekat
Gula merah secukupnya
Air masak
Minyak secukupnya utk menumis
Garam, perasa ikut suka
Mee kuning (leraikan, basuh sekali dgn air paip then lalukan dgn air panas, toskan)
Condiment:
Bawang goreng
Sawi (dicelur)
Taugeh (dicelur)
Telur puyuh (rebus)
Cili merah (optional)
Limau nipis (optional)
CARA MASAK:
1) Panaskan periuk. Masuk minyak masak, halba campur & rempah 4 sekawan. Blend semua bahan bertanda *
2) Bila minyak mula panas, masukkan serai, daun kari & bawang besar yg dihiris nipis. Goreng sampai naik bau dan bawang keperangan.
3) Masukkan bahan *. Tumis lagi sampai garing sekata & pecah minyak.
4) Masukkan cili blend & rempah kari dan secawan air. Tumis hingga pecah minyak dan rempah masak sekata. Bila rempah dh agak kering, boleh tambah lagi air secawan. Sambung tumis sampai pecah minyak dan garing kali kedua. Tanda rempah betul2 garing bila dah kurang merecik minyak tumisan dan warna jadi gelap sikit. Tapi bukan hangus tau!
5) Masukkan ayam yg dh dibersihkan. Kecutkan ayam sampai air ayam keluar. Bila ayam dah separuh masak, boleh masukkan fishball & fishcake utk dikecutkan sekali supaya terasa rempahnya. Masak sampai ayam betul2 masak sebati dgn rempah. Kacau sekali sekala supaya tak melekat & rempah tak hangit kat bawah.
6) Masukkan garam, santan dan air utk kuah. Terpulang nak kuah banyak mana. Nak pekat, tambahkan lagi santan.
7) Bila kuah dah mendidih, boleh masukkan pes asam jawa & gula merah. Masa ni boleh rasa, adjust mana yg patut. Garam, gula merah, perasa kalau guna.
8) Bila kuah dah masak sekata dan mendidih rata boleh masukkan tauhu pok yg dibelah 2 & isi kerang. Boleh terus tutup api.
9) Hidangkan bersama condiments yg korang suka.
Selamat mencuba 😘
Ulasan
Catat Ulasan