Resepi: GULAI TELUR ITIK CAMPUR BELIMBING BULUH

GULAI TELUR ITIK

Bismillah..

Masak gulai telur itik ni tak susah sebenarnya. Cuma kena tau teknik yg betul. Paling penting, telur itik mesti fresh. Kalau tak, confirm tak jadi. Jadi agar2 je dalam periuk nanti 😌.

Biasanya gulai telur itik ni arwah ayah akan campurkan sekali sayur atau buah yg masam untuk seimbangkan bau hanyir telur tu. Korang boleh guna belimbing buluh, buah bacang, daun gelugor atau ape2 yg masamlah senang cerita.

Kaklong suka tabur hirisan daun kunyit bagi wangi. Telur pulak.mesti separuh masak kuningnya kalau ikut selera kami sekeluarga.

Ok, jom tengok resepi.


BAHAN:

Segenggam cili api kampung *
1 1/2 inci kunyit hidup *
10 biji telur itik
2 piring kecil belimbing buluh (cuci, toskan)
1 asam keping
1/2 kg santan pekat
1 cawan air
2 helai daun kunyit (hiris halus)
Garam, gula, perasa.


CARA MASAK:

1) Tumbuk halus bahan bertanda *. Masukkan ke dalam periuk bersama secawan air, santan dan garam kasar sesudu kecik. Buka api. Masak dengan api sederhana sampai kuah hampir mendidih.

2) Masukkan asam keping, sentiasa kacau supaya kuah tak pecah minyak. Perlahankan api bila nampak kuah mula mendidih. Guna api paling perlahan.

3) Pecahkan telur ke dalam mangkuk dulu untuk elakkan telur tembelang. Masukkan telur satu persatu ke dalam kuah. Masukkan telur ikut urutan arah jam. Pastikan kuah tak mendidih masa ni untuk elakkan telur pecah.

4) Sentiasa kacau kuah supaya tak meruap. Jangan kacau telur, biarkan telur putih set dulu.

5) Dalam 5-7 minit macam tu boleh cek telur dah mula set, tapi kuningnya masih separuh cair. Masa ni boleh keluarkan telur sahaja satu persatu guna senduk, letak dalam mangkuk lain.

6) Kalau korang suka kuning telur yg keras, boleh abaikan step ni. Terus masukkan belimbing, garam dan perasa bagai.

7) Masak dengan api sederhana sampai kuah betul2 mendidih dan masak sekata. Tutup api dan taburkan daun kunyit.

8) Siap!

Selamat mencuba 😘


Ulasan