Spicy Buttermilk Chicken |
1st time rasa masakan ni masa makan dekat restoran chinese muslim. Tapi version yg kering punya, tak berkuah sangat.
Lepas tu selalu sangat nampak orang share resipi versi tekak masing2. Ada yg letak cheese, ade yg letak telur masin, ade yg buat ayam salut tepung, eh macam2 lah..
Kaklong dah try banyak resepi sebenarnya, tapi kaklong stick to this one which is yg paling simple bahannya dan method yg paling senang.
Kaklong suka lebihkan cili api sebab kalau tak pedas rasa cam muak pulak nak makan lauk yg lemak berkrim macam ni. So, kita adjust bagi light sikit 😊
Jom tengok resipi..
Bahan2:
Isi ayam bahagian dada (potong bite size, cuci, toskan)*
1sk perencah hilal*
1sk serbuk lada putih*
1sk tepung jagung*
1/2sk serbuk kunyit*
garam*
minyak utk mengggoreng
Kuah:
5sb mentega
10 ulas bawang putih (cincang)
5 biji cili padi merah (hiris nipis)
5 tangkai daun kari
1/2tin susu cair
1/2 cawan air
1kiub pati ayam
garam
gula
1sb tepung jagung + 2sb air (utk pekatkan kuah)
Cara-caranya:
1. Campur semua bahan bertanda *, perap ayam dalam 10minit, kemudian gorengkan ayam. Jangan terlampau garing. Angkat, ketepikan.
2. Cairkan mentega, tumiskan bawang putih, cili padi & daun kari sampai naik bau dan garing.
3. Masukkan susu cair, kiub ayam, garam & gula. Biar mendidih. Masukkan air, kacau rata.
4. Kuah dah mendidih, boleh masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah. Terpulang pada citarasa masing2 nak kuah pekat macam mana.
5. Masukkan ayam yg dah digoreng tadi, gaul rata dan tutup api. Siap, boleh hidang makan dengan nasi atau cicah roti bakar.
Selamat mencuba 😘
Ulasan
Catat Ulasan