SUP DAGING PEDAS |
Resepi sup daging pedas ni resepi kaklong reka sendiri. Rasa nak makan sup, tapi dalam masa yg sama malas nak masak lauk lain macam sambal tumis. Pastu cam maleh jugak nak buat sambal kicap. So, tumis je sekali cili api dalam rempah tumisan.
Menu ni simple sangat sebab kaklong tak guna rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga) ataupun rempah sup. Memang takda rempah kering langsung, ok. Sesuailah kalau korang tak cukup bahan kat dapur, tapi masih nak makan sup yg sedap terangkat. Yang penting halia kena banyak, rempah tumisan mesti betul2 garing dan wangi. Nak sedap lagi, guna bahagian daging yg berlemak macam daging tetel. Tapi tak boleh makan selalu tau, kolestrol tinggi 😉
Jom tengok resepi..
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging cincang @ daging tetel
7 biji bawang merah *
5 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 biji bawang besar (hiris nipis)
6 biji cili api merah (pecahkan je)
Batang daun sup dan batang daun bawang (yg putih) cincang kasar
Minyak untuk menumis
Garam, gula, perasa
Air secukupnya
Daun sup, daun bawang dihiris halus untuk tabur masa hidang
CARA MASAK:
1) Tumbuk halus semua bahan bertanda *
2) Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar yg dah dihirs nipis sampai layu.
3) Masukkan bahan yg telah ditumbuk halus tadi & cili api yg dah dipecahkan. Masukkan juga batang daun sup dan batang daun bawang yg dah dicincang kasar. Masak sehingga rempah tumisan garing dengan api sederhana.
4) Rempah dah garing, boleh masukkan air 1/2 cawan, masak lagi sampai rempah tumis kering semula dan pecah minyak.
5) Rempah dah pecah minyak, boleh masukkan daging tetel yg dah dipotong, cuci dan tos. Masak daging sekejap dengan api kuat. Kacau rata.
6) Tutup periuk guna tudung periuk, kecutkan daging sampai daging empuk. Perlahankan api, sederhana je masa ni. Jangan tambah air. Air daging akan keluar semasa proses 'kecutkan' daging. Kacau setiap 5 minit.
7) Kalau daging terlalu kering, boleh tambah air sikit dan kacau.
8) Lepas daging dah empuk, boleh masukkan garam dan perasa ikut citarasa masing2. Tambahkan air untuk kuah, ikut suka nak kuah banyak mana.
9) Masak lagi sampai kuah mendidih sebati dengan api sederhana.
10) Dah mendidih sekata, bolehlah hidangkan dengan taburan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng kalau suka.
11) Nak lagi kick boleh perahkan limau nipis. Makan dengan nasi panas sambal hirup kuah sup yg pedas tu, meleleh beb 😋
Selamat mencuba!
Mesti cuba
BalasPadam