Kenangan masa kanak2 & Resepi: GULAI AYAM MASAK LEMAK CILI API DAUN LIMAU



Bismillah..

Terigat masa kecik2 dulu, kitorang adik beradik memang suka makan ape yg ayah & umi makan. Kadang2 ayah masak lauk lain untuk kita, tapi nak jugak makan macam ayah & umi. So, masakan ni salah satu resepi yg selalu ayah masak untuk kitorang adik beradik. Resepi asal tak letak cili api, just kecutkan ayam dengan kunyit sahaja. Sesuai sangat untuk budak2.

Tu cerita masa kecik dululah. Macam mana arwah ayah nak bagi feel untuk kitorang adik beradik merasa makan makanan orang dewasa. Yelah, masak lemak ni kan lauk orang tua. Lauk untuk budak kecik macam sup atau masak kicap je. Masa tu rasa cam hepi gila dapat makan lauk ayah & umi, padahal ayah masak asing tak buh cili pun 😆

Bila dah tua bangka ni, of courselah kita buh cili api banyak2. Yang penting wajib ade serai dan daun limau untuk dapatkan bau yg mengancam tu. Letak banyak2 pun takpe.

Ok, jom tengok resepi.


BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam (potong 16)
1 genggam cili api kampung *
1 ruas jari kunyit hidup *
1 kg santan segar
10 helai daun limau purut (koyakkan sikit)
3 batang serai (ketuk)
1 keping asam keping
Garam & perasa ikut selera masing2.


CARA MASAK:

1) Tumbuk halus bahan bertanda *

2) Masukkan ayam yg dah dicuci dan tos ke dalam periuk bersama bahan tumbuk. Masukkan sekali serai yg dh diketuk bersama sedikit garam dan gaulkan.

3) Masak atas api sederhana, tutup periuk guna tudung periuk bagi ayam masak sekata. Balik-balikkan ayam setiap 5 minit supaya tak melekat dan rata dengan rempah. Jangan kacau ganas2 takut ayam hancur.

4) Kecutkan ayam sampai air ayam keluar dan ayam sebati dengan rempah tumbuk tadi. Warna ayam akan bertukar dan meresap warna kunyit. Masukkan air sikit kalau ayam melekat dekat periuk.

5) Agak2 ayam dah masak sekata dan takda air darah keluar dari ayam, boleh masukkan santan. Masak dengan api sederhana.

6) Sementara tunggu kuah mendidih, masukkan daun limau purut & asam keping. Masukkan juga garam & perasa. Sentiasa kacau supaya kuah tak pecah minyak. Sekali sekala baru usik ayam. Yang penting selalu kacau kuah je.

7) Bila kuah dah mendidih sekata, perlahankan api. Biar merenih dalam 10 minit lagi dengan api perlahan. Kacau setiap 2 minit, jangan berhenti kalau taknak makan taik minyak 😂

8) Bila dah mendidih rata, bolehlah tutup api. Masa ni korang jangan berhenti kacau tau. Kacau lagi kuah tu dalam 3 minit macam tu.

9) Siap! Boleh hidang makan dengan nasi putih panas2.

Biasanya kalau ada lebih kuah, umi akan goreng cekodok atau buat lempeng. Cicah dengan kuah ni sedap oi..

Selamat mencuba!

Ulasan