Resepi: GRILLED TIGER PRAWN W GARLIC BUTTER

 





Bismillah..
Kalau korang suka makan udang, tapi dah takda idea nak masak macam mana sila try resepi ni..
Serius sedap!
Simple, tapi sedap sangat2..
Aku guna udang harimau, kalau boleh cari yang saiz besar sikit baru puas makan..

Rasa manis udang tu perghh, pastu gandingkan pulak dengan garlic butter, rasa lemak masin tambah rasa fresh dengan perahan lemon..
Memang macam kualiti makan kat 5 star restaurant..
Padahal main bakar2 kat rumah je 😂..
Ok jom tengok resepi..


Bahan-bahan:

Udang harimau - belah dua tak putus (butterfly cut)

Butter 
Marjerin
Olive oil
Bawang putih - cincang halus
Garlic powder
Cayenne powder
Paprika
Parsley - cincang halus
Chicken powder / chicken stock
Lemon


Cara masak:

1) Sediakan udang, belah tengah jangan putus, cuci bersih dan toskan..
2) Campurkan semua bahan selain udang & lemon. Panaskan sekejap sampai butter cair & kacau bahan bagi sebati..
3) Grill udang atas api direct (bbq) atau guna pan kalau masak atas dapur biasa..
4) Udang dah separuh masak, boleh sapukan bahan garlic butter tadi..
5) Teruskan grill sampai udang masak sekata tapi jangan grill terlampau lama..
6) Angkat udang, ketepikan, ulang bakar sampai habis..
7) Perah lemon dalam lebihan butter tadi, curahkan atas udang yang dah siap di grill..
8) Dah siap boleh hidangkan. Taburlah daun parsley kalo nak nampak cantik sikit. Makan dengan roti pun sedap, boleh cicah butter dia tu 🤤🤤

Senangkan? 
Sekejap je masaknya..
Nak makan dia lagilah sekejap 🤣🤣..
Sila buat okeh..
Pastu bolehlah bangga pandai masak ala2 chef 5star restaurant 😊








Ulasan